>>Tanya #KargoDzaf

PERSIAPAN

S: Bagaimana prosuder menggunakan #KargoDzaf ni? Boleh terangkan tak?

J: Barang yang hendak dihantar itu boleh pack siap-siap kemudian boleh pos atau datang hantar sendiri ke pusat pengumpulan kami atau terus membuat tempahan barang melalui DZAFSTORE.com sebelum dateline setiap sesi.

 

S: Barang yang nak dihantar tu nak bungkus ke?

J: Ya, masukkan dalam kotak, susun elok-elok, balut, ikat dan tulis maklumat penerima dan penghantar diluar kotak.

 

S: Apa maklumat yang #KargoDzaf perlukan untuk penghantaran ini?

j: Kami hanya perlukan Nama, Alamat dan No telefon penerima dan penghantar sahaja.

 

S: Boleh tak kalau saya beli barang online, kemudian terus pos ke pusat pengumpulan dan #KargoDzaf uruskan penghantaran pada saya?

J: Ya, boleh. Lepas barang dihantar boleh maklumkan pada kami nombor track pos dan follow up semula barang yang dihantar.

 

S: Bagaimana membuat tempahan di DZAFSTORE.com?

i. Daftarkan diri anda terlebih dahulu

ii. Buat pilihan barang

iii. Masukkan details penerima

iv. Buat pembayaran mengikut jumlah yang dipaparkan

 

S: Boleh request barang melalui whatsapp atau telefon tak?

J: Boleh, jika barang yang anda mahu itu tidak terdapat di dalam DZAFSTORE.com anda boleh terus hubungi kami +601123448835 untuk requeat barang secara personal.

 

S: Bagaimana membuat pembayaran?

J: Jika anda datang hantar sendiri ke pusat pengumpulan kami, anda boleh membuat pembyaran secara tunai. Jika barang di pos atau membuat tempahan secara online, anda boleh terus transfer ke akaun kami atau membuat bayaran melalui PayPal.

 

S: Detail pembayaran melalui akaun?

J: Selepas barang sampi di pusat pengumpulan, kami akan finalize barang dengan details bayaran untuk membuat bayaran terus ke akaun kami.

 

S: Ada sediakan kotak?

J: Ya, kami ada sediakan kotak pelbagai saiz di pusat pengumpulan kami secara percuma

 

S: Maklumat perlu tulis dalam bahasa arab atau melayu?

J: Bahasa melayu atau inggeris sahaja. Jika tulis dalam bahasa arab juga tiada masalah.

 

S: Bagaimana kekerapan #KargoDzaf ini?

J: Setakat ini hanya laluan Jordan dan Mesir dibuka setiap bulan. Laluan Maghribi akan dibuka jika mendapat kebenaran dari pihak di Maghribi.

 

S: Ada barang yang dilarang?

J: Semua barang yang dilarang oleh kerajaan bagi negara penghantar dan penerima adalah dilarang. Barang elektrik dan elektronik juga kami tidak terima untuk penghantaran. Barangan berbentuk pil dan untuk tujuan perubatan juga adalah dilarang.

 

PENERIMAAN

S: Bagaimana penerima menerima barang nanti?

J: Wakil kami akan hubungi penerima untuk serahan barang terus ke penerima

 

S: Ada bayaran ketika menerima barang?

J: Tiada. Terima barang dengan gembira sahaja mudah-mudahan.

 

S: Berapa lama tempoh penghantaran barang?

J: 1-3 hari dari tarikh penerbangan. Tertakluk kepada jadual penerbangan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.