BAGAIMANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN #KargoDzaf?
1. DAFTAR / LOGIN akaun anda terlebih dahulu. Sila pastikan butiran adalah lengkap. Nama, alamat & no telefon yang boleh dihubungi.
• Alamat Billing: Alamat waris di Malaysia
• Alamat Shipping: Alamat penerima di Jordan
• Lupa Pasword: Tekan Forgot Password
.
2. SEMAK JADUAL penghantaran sesi semasa.
- Sesi Jun 2022:
- Tarikh Akhir Pengumpulan: 26 JUN 2022
- Jangka terima bermula: 02 JULAI 2022
- Tertakluk kepada sebarang perubahan semasa yang kami akan maklumkan dari masa ke semasa.
- Tempahan hanya sah dalam tempoh sesi pengumpulan yang dipilih sahaja. Wang tidak akan dikembalikan jika anda tidak digunakan dalam tempoh yang dinyatakan.
.
3. TEMPAH KILO yang anda perlukan dan nikmati harga diskaun berbanding hantar terus ke pusat pengumpulan, tanpa menempah kilo terlebih dahulu. 1 kuantiti = 10kg.
* Jaminan wang akan dikembalikan jika pembatalan dibuat sebelum dari tarikh tempoh pengumpulan yang dinyatakan atau pembatalan yang dibuat dari pihak kami.* Tempahan kilo hanya sah pada tempoh yang ditetapkan sebelum sesi pengumpulan barang dibuka.
* Wang tidak akan dikembalikan jika penghantaran kurang dari kilo yang ditempah atau tidak digunakan pada tarikh sesi yang ditempah.
* Caj harga biasa jika anda tidak membuat apa-apa tempahan kilo. Terus datang atau pos ke pusat pengumpulan kami atau jika penghantaran melebihi kilo yang ditempah.
.
4. PEMBAYARAN tempahan kilo perlu dijelaskan selepas tempahan dibuat dan mutanaik butiran pembayaran di web. Jika kami tidak menerima apa-apa bayaran selepas dari tempoh tersebut tempahan akan dibatalkan. Pembayaran boleh terus dibuat melalui bank rasmi kami di bawah:
5. PENGHANTARAN terus ke pusat pengumpulan atau pos sebelum tarikh akhir pengumpulan sesi semasa.
- Sila hubungi kami terlebih dahulu sebelum datang untuk buat penghantaran.
- Follow up semua barang yang anda pos pada kami sebelum tarikh akhir pengumpulan.
6. BARANG LARANGAN
- Sila isytiharkan semua barang penghantaran. Penghantaran selain makanan, pakaian & buku, sila hubungi kami terlebih dahulu.
7. PENERIMAAN
- Tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
- Wakil kawasan akan menghubungi penerima barang untuk penyerahan ke penerima
8. Semua urusan tertakluk kepada syarat dan terma #KargoDzaf. Jika anda menggunakan perkhidmatan kami secara automatik anda tertakluk kepada terma & syarat yang kami tetapkan.