>>Terma & Syarat #KargoDzaf

Berikut adalah terma dan syarat perkhidmatan yang menjadi kontrak yang dipersetujui di antara pengirim dan #KargoDzaf apabila pengirim atau penerima bersetuju menggunakan perkhidmatan #KargoDzaf, sama ada ruangan Perjanjian Pengirim pada Borang Penghantaran telah ditandatangani atau sebaliknya atau telah mengisi butiran data peribadi melalui web DZAFSTORE.com

1. Pengeposan dokumen penting

Pengeposan salinan asal dokumen-dokumen penting seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu; MyKad, pasport, sijil lahir/ nikah, buku cek, cukai jalan, sijil-sjil akademik atau lain-lain dokumen penting adalah di atas risiko pengirim. Tanggungan #KargoDzaf terhadap sebarang kerugian atau kos langsung atau tidak langsung susulan dari kehilangan atau kerosakan pada dokumendokumen tersebut adalah terhad seperti yang disebut dalam Perkara 14 di dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan ini.

2. Item-Item yang dilarang untuk pengeposan

Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item berbahaya (dangerous goods) dan item larangan oleh #KargoDzaf atau pihak berkuasa atau negara destinasi, adalah dilarang sama sekali. Sila rujuk laman web www.dzafstore.com untuk maklumat senarai item-item berbahaya dan item larangan sebagai makluman sebelum pengeposan. #KargoDzaf berhak untuk membuat pindaan jenis item dan item yang dikategorikan sebagai Item berbahaya atau Item larangan. #KargoDzaf juga berhak menolak pengeposan sekiranya didapati kandungan atau sebahagian kandungan Item tersebut adalah Item berbahaya atau Item larangan. #KargoDzaf tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan pemulangan caj pengeposan atau tuntutan kos kehilangan, kerosakan atau kerugian langsung atau tidak langsung, walaupun diposkan atau diterima untuk pengeposan secara sengaja atau tidak sengaja.

3. Pengecualian Item-Item yang dilarang pengeposan

Pengeposan Item kategori berbahaya atau larangan yang tertentu hanya dibenarkan sekiranya dilampirkan bersama dokumen lengkap yang sah dan berkaitan (contoh: Borang Pengisytiharan Item Berbahaya dan Larangan) serta diisytiharkan secara sahih. Pengirim atau penerima bertanggungjawab memastikan pengeposan dilampirkan bersama dokumen berkaitan dengan lengkap. #KargoDzaf tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan pemulangan caj pengeposan atau tuntutan kos kehilangan, kerosakan atau kerugian tidak langsung, walaupun diposkan atau diterima untuk pengeposan secara sengaja atau tidak sengaja.

4. Pengeposan barang di atas tanggungjawab pengirim atau penerima

Pengirim atau penerima bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang pengeposan barang mengandungi isi kandungan seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu; Item berbentuk cecair, krim atau kosmetik di dalam bekas yang berisiko pecah serta sebarang bentuk makanan yang mudah rosak dan/ atau boleh membawa mudarat kepada Item-Item lain. #KargoDzaf tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan pemulangan caj pengeposan atau tuntutan kos kerosakan atau kerugian tidak langsung walaupun diposkan atau diterima untuk pengeposan secara sengaja atau tidak sengaja. Pengirim juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang pengeposan barang mengandungi kaca, porselin, seramik atau barang perhiasan yang rapuh/ mudah pecah. #KargoDzaf tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan kos kerosakan atau kerugian tidak langsung. #KargoDzaf berhak untuk meminta bayaran tambahan kepada penerima atau penghantar yang terlibat jika barang yang dikirim menyebabkan masalah kepada barang penghantar atau penerima yang lain.

5. Bungkusan Item pengeposan

Pengirim atau penerima bertanggungjawab memastikan item yang dikirim telah dilabelkan pada setiap permukaan dan dibungkus atau dibalut dengan sempurna, selamat dan memenuhi ciri-ciri keselamatan untuk melindungi kandungan item semasa kendalian secara biasa sepanjang proses pengeposan. #KargoDzaf tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang berpunca dari cara pembungkusan yang tidak sempurna. #KargoDzaf juga tidak bertanggungjawab terhadap tuntutan yang gagal dibuktikan secara fizikal dan sahih bahawa kerosakan tersebut disebabkan oleh #KargoDzaf.

6. Pengisytiharan kandungan pengeposan

Kandungan pengeposan dan nilai sebenar kandungan mesti diisytihar dengan lengkap dan sahih. #KargoDzaf tidak akan melayani sebarang tuntutan caj pengeposan atau pampasan sekiranya penerima atau penghantara tidak mengisytihar atau pengisytiharan semasa pengeposan adalah palsu, tidak lengkap, mengelirukan atau bercanggah dari kandungan dan nilai sebenar kandungan yang telah diisytiharkan semasa pengeposan dibuat.

7. Insuran

#KargoDzaf tidak memiliki apa-apa perlindungan insuran terhadap barang yang dikirim. Seperti dinyatakan dalam pada Perkara 4, pengirim atau penerima bertanggungjawab sepenuhnya ke atas barang yang dikirim menggunakan #KargoDzaf. Adalah dinasihatkan untuk pihak pengirim atau penerima mengambil insuran dari pihak ketiga bagi memastikan jaminan barang yang dihantar itu selamat sampai pada penerima. Pengirim yang memilih perlindungan insurans wajib mengisytiharkan kandungan dan nilai kandungan yang diinsuranskan dengan lengkap dan sahih. #KargoDzaf tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan insurans yang bercanggah dari yang telah diisytiharkan semasa pengeposan. Perlindungan insurans adalah terhad kepada kerosakan atau kehilangan pada kandungan atau sebahagian kandungan mengikut nilai yang telah diinsuran sahaja atau sebarang Nilai yang diputuskan oleh pihak insurans. Perlindungan insurans tidak menanggung sebarang kos langsung atau tidak langsung yang timbul susulan dari kelewatan.

8. Jaminan Serahan

#KargoDzaf akan memastikan Item diserah terus ke penerima mengikut standard serahan yang ditetapkan. Jaminan ini tertakluk kepada alamat penerima yang lengkap dan tepat serta nombor telefon yang boleh dihubungi dan waktu penghantaran yang dimaklumkan. #KargoDzaf bertanggungjawab membuat serahan kepada alamat yang ditulis oleh pengirim di atas nota konsain atau berdaftar secara dalam talian terus ke penerima dengan membuat temujanji penyerahan terlebih dahulu yang memudahkan kedua-dua pihak untuk menerima barang yang dihantar. Serahan berjaya apabila berjaya diserah mengikut alamat yang diberi oleh pengirim atau penerima. #KargoDzaf tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau tiada penerimaan yang berlaku selepas serahan kepada alamat yang ditulis oleh pengirim. Item yang tidak dapat diserah ketika cubaan serahan pertama akan disimpan dan mungkin akan dimaklumkan kepada wakil terdekat dalam kawasan penerima berkenaan. Cubaan serahan kali kedua akan mungkin dibuat atas permintaan penerima yang menghubungi wakil kami atau penerima boleh membuat pungutan di mana-mana wakil penghantaran kawasan seperti yang dimaklumkan. Item akan disimpan oleh wakil sekiranya tiada tuntutan atau gagal diserah dalam tempoh 7 hari dari tarikh cubaan serahan pertama. Sebarang kos kerosakan atau kerugian langsung atau tidak langsung yang timbul semasa tempoh simpanan menunggu Item dipungut adalah di luar tanggungan #KargoDzaf.

9. Jaminan wang kos dikembalikan

#KargoDzaf memberi jaminan caj pengeposan separa atau penuh dikembalikan sekiranya barang hilang atau tidak sampai pada penerima. Jaminan ini adalah terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut,

(a) Barang yang dikirim masih wujud dan diketahui akan kedudukan barang melalui makluman wakil penghantaran,

(b) #KargoDzaf tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kos tidak langsung yang timbul yang disebabkan oleh kelewatan,

(c) #KargoDzaf tidak bertanggungjawab kelewatan yang disebabkan oleh keadaan luar kawalan seperti yang dijelaskan dalam Perkara 10,

(d) #KargoDzaf berhak meminda laluan proses penghantaran ke destinasi. Justeru #KargoDzaf tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kelewatan yang disebabkan oleh perubahan laluan.

10. Keadaan luar kawal

#KargoDzaf tidak akan menanggung kerugian bagi kehilangan, kerosakan, kegagalan atau kelewatan serahan disebabkan oleh perkara-perkara berikut tetapi tidak terhad, iaitu;

(a) Bencana alam seperti gempa bumi, rebut salji, taufan, banjir dan seumpamanya,

(b) Keadaan luar kawalan seperti peperangan, embargo, kemalangan kapal terbang atau kerosakan teknikal kapal terbang atau yang melibatkan syarikat penerbangan atau pihak pengurusan kargo di lapangan terbang

(c) Kemalangan kenderaan, Kebakaran atau rompakan luar kawalan yang berlaku di premis #KargoDzaf, meskipun kawalan keselamatan telah diambil sewajarnya,

(d) Item yang ditahan atau dirampas oleh pihak Kastam atau mana-mana pihak berkuasa lain, Pengirim bertanggungjawab ke atas sebarang cukai, duti atau penalti yang dikenakan oleh pihak Kastam atau mana-mana pihak berkuasa lain. #KargoDzaf tidak bertindak sebagai wakil pengirim dalam sebarang urusan dengan pihak Kastam atau mana-mana pihak berkuasa yang menahan atau merampas item yang dikirim.

11. Pengecualian tanggungan #KargoDzaf

#KargoDzaf tidak bertanggungjawab menanggung perkara-perkara berikut tetapi tidak terhad, iaitu;

(a) Kerugian tidak langsung (indirect loss),

(b) Kerosakan tidak langsung (consequential damages),

(c) Lain-lain kos tidak langsung (other indirect cost),

(d) Kehilangan peluang kontrak, keuntungan, pendapatan atau kos kerugian yang ditanggung oleh pengirim susulan dari kelewatan, kerosakan, atau kehilangan kandungan atau sebahagian kandungan, sama ada #KargoDzaf mengetahui atau tidak mengetahui kandungan item semasa pengeposan atau disebabkan oleh kecuaian #KargoDzaf

(e) Sebarang kerosakan, kehilangan kandungan atau sebahagian kandungan yang disebabkan oleh berat barang bagi menampung bungkusan yang dihantar kepada #KargoDzaf

12. Aduan kerosakan dan Kehilangan Sebahagian Isi Kandungan

Sebarang kerosakan dan kehilangan isi kandungan mesti dilaporkan kepada pihak #KargoDzaf dalam tempoh 48 jam selepas barang diterima. #KargoDzaf tidak akan melayani sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak sekiranya aduan atau tuntutan dibuat selepas tempoh 48 jam barang diterima tanpa bantahan. Barang yang didakwa rosak atau hilang sebahagian isi kandungan di bawah kawalan #KargoDzaf mesti dibuktikan secara fizikal semasa aduan dibuat supaya pemeriksaan dan pengesahan dapat dilakukan oleh pihak #KargoDzaf. #KargoDzaf berhak menolak sebarang tuntutan sekiranya pihak pengadu gagal mengemukakan bukti kerosakan atau kehilangan isi kandungan berlaku di bawah kawalan #KargoDzaf. #KargoDzaf akan menanggung kos separa atau sepenuhnya penghantaran semula barang yang rosak di bawah kawalan #KargoDzaf kepada pengirim atau penerima (jika perlu). Sebaliknya, sekiranya gagal dibuktikan rosak di bawah kawalan #KargoDzaf, caj pengeposan akan dikenakan untuk penghantaran semula kepada pengirim.

13. Tuntutan gantirugi

Sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilangan atau kerosakan barang hanya boleh dituntut oleh pengirim atau penerima. Tuntutan gantirugi mesti,

(a) Dituntut dalam tempoh 7 hari selepas tarikh jangka terima barang. #KargoDzaf tidak akan melayani tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh 7 hari selepas tarikh terima barang,

(b) Dikemukakan secara bertulis atau menggunakan Borang Maklumbalas Pelanggan yang disediakan

(c) Resit Pengeposan Domestik (Borang) atau berdaftar secara dalam talian,

(d) Inbois,

(e) Salinan pengenalan diri yang sah,

(f) Dihantar kepada [email protected] atau datang hantar sendiri ke pusat pengumpulan.

14. Bayaran tuntutan maksima

Tanggungan #KargoDzaf terhadap tuntutan kos kerugian langsung bagi barang rosak atau hilang, kerosakan atau kehilangan yang disebabkan gagal serah dan kerosakan atau kehilangan yang berlaku sebelum barang diserah mengikut alamat yang ditulis oleh pengirim, adalah terhad mengikut jumlah berikut,

(a) Jumlah sebenar kehilangan atau kerosakan yang dialami, berasaskan kandungan dan nilai sebenar kandungan yang telah diisytiharkan pada Borang atau pendaftaran dalam talian semasa pengeposan atau maksima RM100 bagi satu penghantaran mana yang lebih rendah.

(b) Terhad kepada satu tuntutan untuk satu pengiriman sahaja, tertakluk yang mana lebih tinggi tetapi tidak melebihi had maksima tanggungan #KargoDzaf. Sekiranya nilai pengeposan melebihi had tanggungan #KargoDzaf, pengirim bertanggungjawab penuh atau melalui insurans pilihan pengirim. Sekiranya pengirim gagal mendapatkan perlindungan tambahan menerusi insurans, tanggungan #KargoDzaf adalah tertakluk dan terhad seperti yang dijelaskan di atas.

 

15. Sekiranya salah satu dari perkara di atas tidak sah digunapakai, ia tidak menghalang perkara-perkara lain yang terkandung di dalam Terma dan Syarat ini untuk sah digunapakai. Semua peraturan adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang terkandung di dalam Terma dan Syarat yang dinyatakan di atas, sungguh pun demikian #KargoDzaf berhak menggunapakai peraturan-peraturan lain yang dikuatkuasakan oleh #KargoDzaf meskipun ia tidak dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini. Sila layari laman web www.dzafstore.com untuk perincian dan tambahan (jika ada) bagi syarat-syarat di atas. #KargoDzaf berhak meminda, membatalkan atau menambah syarat dan terma perkhidmatan semasa tanpa makluman atau pemberitahuan kepada penerima atau pengirim terlebih dahulu.

 

16. Status pengeposan boleh disemak menerusi talian +601123448835. Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan barang mestilah dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.

 

Tarikh dan masa kemaskini: 14 September 2019 0001hrs +0800 GMT : Malaysia